Pulau Mabul tidak perlu diperkenalkan lagi kepada dunia. Keindahan
pulau ini dengan air lautnya yang biru jernih bak kristal disuluh cahaya
memang menjadi tumpuan di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Untuk merancang percutian ke Pulau Mabul, ada beberapa tips penting
perlu anda titikberatkan supaya percutian pulau yang paling awesome di
Malaysia ini tidak terganggu dek kerana kegagalan anda dalam
perancangan.
☑ Perkara pertama ialah menempah tiket penerbangan. Tempah tiket pernerbangan ke TAWAU.
☑ Ada 2 pilihan iaitu Malaysia Airlines dan Air Asia. Anda dinasihatkan menempah tiket semasa promosi diadakan kerana lebih murah berbanding biasa.
☑ Buat masa ini, tiada penerbangan ke Tawau yang ditawarkan bagi Firefly dan Malindo Air
Tips 2 : Menempah Hotel/Resort Penginapan
☑ Terdapat lebih daripada 15 buah hotel dan resort sekitar Semporna dan Mabul. Sebaiknya tempahlah hotel/resort lebih awal memandangkan pulau-pulau di sekitar Semporna temasuk Pulau Mabul mempunyai pengunjung yang ramai saban hari. Anda boleh menempah penginapan melalui laman web yang lebih murah seperti Trivago, Agoda, Booking.com dan lain-lain
Tips 3 : Bagaimana Cara Hendak Sampai Ke Pulau Mabul ?
Langkah 1 :
Jika penerbangan anda dari KL ke Tawau, penerbangan mengambil masa selama 3 jam.
Jika anda dari Kota Kinabalu, akan mengambil masa 55 minit.
Langkah 2:
Dari Tawau, dapatkan teksi/van/ kereta sewa ke Semporna. Caj yang dikenakan biasanya antara RM120 - RM150 sehala. Perjalanan mengambil masa 2 jam.
Bas Ekspress : Kota Kinabalu - Semporna ( 9 jam perjalanan)
Bas Mini : Tawau - Semporna (2 jam perjalanan)

Dari jeti Semporna, dapatkan bot ke Pulau Mabul (45 minit perjalanan). Kos sekitar Rm40-RM50 sekepala. Jangan lupa dapatkan maklumat perjalanan bot untuk urusan perancangan masa perjalanan semasa pulang supaya tidak terlepas penerbangan semasa pulang nanti.
Tips 4 : Aktiviti Di Pulau Mabul
☑ Aktiviti snorkeling, scuba diving dan hopping island paling popular dilakukan. Jika anda ingin menjimatkan masa, sebaiknya anda dapatkan perkhidmatan yang ditawarkan secara pakej (termasuk penginapan) yang menawarkan perkhidmatan untuk aktiviti-aktiviti ini.
☑ Ada pakej berharga murah antara RM400 - RM700 (sekepala) bergantung kepada resort penginapan dan aktiviti yang anda pilih. Contoh pakej murah seperti yang disediakan oleh Arung Hayat dan Scuba Jeff Sipadan.
☑ Ada juga pakej semahal RM2000+++. Contohnya pakej yang disediakan oleh Mabul Water Bungalow Resort dan Seaventure Rig Resort
Hopping Island
☑ Untuk aktiviti Hopping Island, dicadangkan agar anda membawa lebih daripada 4 orang bersama anda kerana ada agensi yang berkemungkinan tidak menerima tempahan bot yang kurang daripada 3 orang.
☑ Anda juga boleh mengambil pakej pergi dan balik pada hari yang sama. Biasanya ia lebih murah. Ada pakej yang akan membawa anda 2 sehingga 3 pulau dalam sehari.
☑ Pulau-pulau yang biasanya menjadi pilihan ialah pulau-pulau di sekitar Taman Marin Tun Sakaran iaitu Pulau Gaya, Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan, Pulau Sibuan, Pom Pom dan Pulau Maiga.
☑ Bagi mereka memilih trip ke Bohey Dulang, biasanya mereka akan terlibat dalam aktiviti hiking di Bohey Dulang. Ada juga agen yang menawarkan bersama aktiviti ke Bukit Tengkorak.
Tips 5 : Sediakan Wang Yang Mencukupi Dalam Tangan
☑ Ini tips yang paling penting sekali untuk diingatkan. Kerana tanpa duit, apa pun tak boleh dilakukan. TIADA BANK DAN MESIN ATM DI SEKITAR PULAU-PULAU. Jadi sediakan duit yang mencukupi dalam tangan untuk mengelakkan kesulitan.
☑ Anda boleh mengeluarkan duit di 2 bank yang terdapat di Semporna iaitu Maybank dan Bank Simpanan Nasional.
☑ Ada beberapa resort yang menerima penggunaan kad kredit.
Lain-Lain Tips & Info
☑ Tiada Jalan raya dan kereta di Pulau Mabul dan pulau-pulau sekitarnya
☑ Terdapat kedai-kedai yang menjual barangan cenderamata, pakaian dan peralatan keperluan seperti sabun dan ubat gigi
☑ Tidak ada restoran di Pulau Mabul. Biasanya tempat-tempat makan boleh didapati di resort-resort dan lodge
☑ Kebanyakan resort menyediakan kemudahan internet, wifi dan cyber cafe.
☑ Hospital dan klinik berdekatan hanya terdapat di Tawau dan Semporna
Akhir kata, selamat bercuti dari kami Team Rocket. Selamat Bercuti.